Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 9 Mei 2014

Bapa rayu anak gadisnya pulang [ Melaka ]

Bapa rayu anak gadisnya pulang 

AYER KEROH - Seorang bapa merayu anak gadisnya pulang semula ke pangkuan keluarga selepas kali terakhir dilihat membonceng motosikal jenis Scambler bersama seorang lelaki.

Nizam Tamby, 41, dari Taman Limbongan Permai, Malim, mendakwa dia melihat anaknya, Nur Rabiatul Afiqah Nizam, 17,  bersama lelaki terbabit ketika waktu rehat di sebuah restoran makanan segera di Malim, pada 30 April lalu.

Setelah itu, katanya, anaknya gagal dihubungi, malah tidak masuk semula bekerja pada masa sepatutnya.

“Anak saya tiada di tempat kerja sewaktu anak kedua saya (Nur Rabiatul Az-Zarah, 15) datang mengambilnya pada jam 6 petang, hari berkenaan.

“Saya cuba menghubunginya namun telefon bimbitnya ditutup. Bimbang dengan keselamatan dia, saya terus membuat laporan di Balai Polis Malim pada hari sama,” katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, di sini, semalam.

Nizam berkata, dia mengesyaki anaknya telah dibawa lelaki terbabit dan disembunyikan di suatu lokasi tidak diketahui.

Menurutnya, dia mengenali lelaki terbabit kerana sebelum ini anaknya ada menyatakan hasrat untuk mengahwini lelaki itu biarpun hanya baru empat hari mengenalinya.

“Saya cuba menghubungi lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 26 tahun tetapi dia nafi ada membawa anak saya keluar, sekali gus menimbulkan kebimbangan pada kami sekeluarga.

“Saya merayu supaya  Nur Rabiatul Afiqah dapat kembali ke pangkuan keluarga.

"Biarpun saya ada menegurnya tetapi ia tidak lain hanya sekadar mahu mendidiknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Aziz berkata, perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada polis dan yakin pihak berkenaan sedang menjalankan siasatan.

“Peguam Pembela BN akan meminta kerjasama daripada restoran makanan segera terbabit agar dapat memberikan kerjasama untuk mengeluarkan rakaman sistem rakaman litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan.

“Orang ramai, sekiranya ada maklumat mengenai gadis ini boleh terus menghubungi bapanya, di talian 011-33150736 atau talian bebas tolPembela BN Melaka 1-300-222-352,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2