Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 8 Mei 2014

Lelaki ditahan, dadah bernilai RM13,000 dirampas [ Di Melaka ]

ALOR GAJAH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM13,050 di sebuah rumah di Kampung Ramuan China, Masjid Tanah di sini.
  
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohamad Laham berkata berdasarkan maklumat awam, polis menyerbu rumah lelaki berusia 53 tahun itu kira-kira 8 malam, Selasa lepas dan menemui 143.3 gram dadah disyaki heroin dan 12.5 gram dadah jenis syabu.
  
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,630 serta sebuah motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM24,000.
  
"Suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Masjid Tanah dan Rembau, Negeri Sembilan sejak tahun 2012," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
  
Katanya lelaki terbabit turut mempunyai 26 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, rompak dan dadah sejak 1978.
  
Suspek kini direman tujuh hari bermula semalam.

Sinar Harian.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2