Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 18 Mei 2014

MP Umno Cadangkan MAS di JUAL Kepada Pelabur Asing [ PANAS!! ]

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini berkata Putrajaya patut pertimbang untuk menjual kepentingannya dalam Malaysia Airlines (MAS) dan membuka syarikat penerbangan kebangsaan itu kepada pelabur asing, walaupun syarikat itu berusaha sedaya upaya untuk bertahan di sebalik bayang krisis MH370.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, baru-baru ini berkata kerajaan “memasukkan duit” ke dalam MAS menerusi bon daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Pada tahun 1990-an, kerajaan cuba menswastakan MAS tetapi syarikat itu berdepan masalah kewangan dan kerajaan terpaksa membantu.

“Sekarang MAS berdepan masalah besar susulan isu MH370 dan kerajaan patut pertimbang semula kepentingannya dalam syarikat itu untuk memastikan ia terus bertahan,” katanya dipetik daripada Star Online hari ini, merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac dengan 239 penumpang.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed cadang Putrajaya jual kepentingannya dalam MAS. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed cadang Putrajaya jual kepentingannya dalam MAS. Nur Jazlan berkata, kerajaan patut bersedia mendengar cadangan untuk membantu syarikat yang sedang tenat itu, termasuk membukanya kepada pelabur luar.

“MAS adalah jenama yang stabil dan kerajaan patut menjualnya,” katanya.

Cadangan itu susulan daripada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan MAS dalam keadaan semasanya.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami kerugian bersih RM443.4 juta pada suku pertama, jumlah besar daripada kerugian bersih bagi tempoh sama tahun lalu iaitu RM278.8 juta.

Ia berkata, banyak tempahan tiket dibatalkan dan syarikat itu ditolak bagi perjalanan jarak jauh susulan daripada krisis MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata kerajaan tidak memberi bantuan kepada MAS.

Penganalisis menggelar tindakan Putrajaya itu sebagai tidak memberi jalan mudah kepada MAS walaupun tindakan itu akan menyebabkan syarikat penerbangan itu muflis.

“Kerajaan perlu melihat perkara itu dan membuat keputusan sama ada mereka patut isyhtihar muflis.
 “Cara yang ada untuk menyelesaikannya ialah melalui pemusnahan kreatif – musnahkan syarikat itu dan bina semula yang baru,” kata Shukor Yusof, seorang penganalisis penerbangan bebas yang pernah berkhidmat dengan Standard & Poor, kepada Wall Street Journal, baru-baru ini. – 17 Mei, 2014.

TheMalaysiaIns
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2