Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 12 Februari 2015

Ibu, anak kecil nyaris maut

Keadaan kereta mangsa yang terbalik berhampiran Persiaran Tujuan, kelmarin

SUBANG JAYA -Seorang ibu dan anaknya yang berusia dua tahun setengah nyaris maut apabila kereta dinaiki terbalik berdekatan simpang di Persiaran Tujuan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun dan anak lelakinya hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kereta jenis Toyota Altis milik kakaknya dan dalam perjalanan dari Batu 3 Shah Alam menghala ke Bandar Sunway.

Beliau berkata, mangsa dikatakan mengekori kereta dipandu suaminya.

“Bagaimanapun semasa tiba di Persiaran Tujuan, terdapat dua susur ke kiri menghala ke arah Sunway. Mangsa  keliru dan teragak-agak untuk mengambil selekoh tersebut.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kereta di sebelah kiri yang juga mahu mengambil susur yang sama menyebabkannya terkejut dan mengelak ke kanan laluan,” katanya.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik.

Yahaya berkata, orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu mengeluarkan mangsa dan anaknya yang mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, kenderaan mangsa remuk, rim tayar dan cermin depan turut pecah.

Katanya, mangsa dan anaknya dihantar ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2