Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 14 Februari 2015

Lelaki menyamar anggota polis dicekup

Zainol (tiga, kiri) menunjukkan antara senjata tajam yang dirampas dalam Ops Rentap Khas.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki mencari jalan singkat untuk mendapat wang dengan menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun terbongkar selepas dicekup dalam Ops Rentap Khas, di Jalan Ampang, Selasa lalu.

Dalam operasi bermula jam 9.40 malam itu, polis menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki seorang lelaki berusia 38 tahun bersama dua lelaki warga Nepal.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, sepucuk pistol jenis semi auto tiruan berwarna hitam ditemui.

Menurutnya, turut ditemui pelbagai barang disyaki peralatan pecah rumah, sebilah pisau dan batang besi yang disorokkan di dalam bonet serta bersebelahan tempat duduk pemandu.

“Pemeriksaan mendapati kereta digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kita juga percaya dua lelaki warga asing tersebut merupakan rakan suspek,” katanya, semalam.

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap suspek lelaki tempatan didapati positif dadah selain mempunyai tiga rekod lampau.

Pihaknya percaya suspek aktif sejak pertengahan tahun lalu dan akan menyamun mangsa, khususnya warga asing, dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2