Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 8 Februari 2015

Nyaris maut banglo terbakar

Foto (hiasan)

SIMPANG – Sebuah keluarga nyaris maut apabila banglo mewah didiami mereka di Taman Menteri, di sini musnah terbakar, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu turut menyebabkan dua kereta jenis Mercedes dan Honda serta tiga motosikal iaitu Scrambler, Suzuki dan Kawasaki, rentung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, ketika kejadian, terdapat tiga ahli keluarga berada di rumah tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun tiga beranak itu berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Bomba yang menerima panggilan pada jam 9.56 malam bergegas ke lokasi kejadian. Api marak dengan cepat dan operasi pemadaman hanya selesai sepenuhnya pada jam 11.40 malam,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan buat masa ini siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya,

Sinar Harian.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2