Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 9 Februari 2015

KWSP umum dividen 6.75 peratus 2014

kwspl-600x360

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.75 peratus dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014.

Menurutnya, ia merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.
 

“Walaupun terdapat ketidaktentuan dalam kedua-dua pasaran domestik dan global, keputusan 2014 mengatasi pencapaian pada 2013. Pelaburan luar negara menyumbang 33 peratus daripada jumlah pendapatan pada 2014 walaupun ia hanya 23 peratus daripada jumlah aset KWSP.

“Tidak dinafikan akhir tahun 2014 adalah mencabar bagi KWSP disebabkan kejatuhan harga minyak global dan ketidaktentuan ditambah lagi dengan kelemahan ringgit pada suku keempat namun pendekatan diversifikasi berhemah telah memberikan kelebihan dan daya tahan kepada KWSP untuk menghadapi keadaan ekonomi tersebut terutamanya dalam pasaran global,” katanya dalam kenyataan di sini.

dividen kwsp

Pendapatan pelaburan kasar 2014 didorong terutamanya daripada Ekuiti dalam pasaran domestik dan global meliputi masing-masing di negara membangun dan maju.

Kelas aset ini mencatatkan pendapatan pelaburan RM22.91 bilion pada 2014, naik 17.37 peratus berbanding RM19.52 bilion pada 2013, dan menyumbang 58.63 peratus daripada jumlah pendapatan kasar pada 2014. Hampir separuh daripada pendapatan pelaburan ekuiti adalah daripada portfolio global KWSP.

Kebanyakan aset pelaburan KWSP berada dalam instrumen pendapatan tetap berisiko rendah, memandangkan kelas aset ini memberikan pendapatan yang stabil untuk jangka panjang.

Pinjaman dan Bon menyumbang RM7.57 bilion pendapatan, berbanding RM7.51 bilion pada 2013. Peningkatan ini hasil daripada prestasi portfolio global masing-masing oleh pengurus dana luaran dan dalaman.

Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf mencatatkan pendapatan sebanyak RM6.59 bilion, naik 6.14 peratus berbanding 2013. Manakala, Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pendapatan RM619.65 juta.

Hartanah dan Infrastruktur menyumbang RM1.39 bilion dalam pendapatan pelaburan pada 2014. Kelas aset ini yang berhubung kait dengan inflasi, di mana KWSP telah mula melabur sejak 2010, telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan dengan kenaikan 22.31 peratus dari 2013.

Tambah Samsudin, selaras dengan objektif KWSP untuk melindungi dan menambah nilai simpanan ahli, KWSP mensasarkan untuk memberi sekurang-kurangnya dua  peratus pulangan melebihi inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut .

Jelasnya, dividen 2014 yang diisytiharkan bersamaan dengan pulangan benar 4.11 peratus melebihi inflasi bagi purata tiga tahun berturut-turut dan bayaran dividen diperoleh setelah mengambil kira peruntukan rugi terjejas serta rugi terjejas dicatat semula, rugi tidak nyata disebabkan kadar pertukaran wang asing dan harga bagi instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun termasuk dividen untuk pengeluaran.

“Pendapatan pelaburan kasar 2014 didorong terutamanya daripada Ekuiti dalam pasaran domestik dan global meliputi masing-masing di negara membangun dan maju.

“Kelas aset ini mencatatkan pendapatan pelaburan RM22.91 bilion pada 2014, naik 17.37 peratus berbanding RM19.52 bilion pada 2013, dan menyumbang 58.63 peratus daripada jumlah pendapatan kasar pada 2014. Hampir separuh daripada pendapatan pelaburan ekuiti adalah daripada portfolio global KWSP,” ujarnya.

Katanya lagi, kelas aset ini merupakan mekanisme lindung nilai inflasi yang berkesan, sesuai dengan objektif jangka panjang KWSP sebagai sebuah dana persaraan, dan KWSP akan terus menerokai peluang dalam hartanah, infrastruktur dan sumber semula jadi selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP.

“KWSP menjangka keadaan akan menjadi lebih mencabar pada masa hadapan dengan peningkatan tahap ketidaktentuan ekonomi masing-masing dalam pasaran domestik dan global bersandarkan harga minyak yang rendah, potensi penurunan dalam pertumbuhan KDNK global dan pemampatan dalam pulangan pendapatan tetap.

“Pelonggaran kuantitatif terkini dalam pasaran global dan prospek yang lebih deflasi akan mengurangkan jangkaan pulangan nominal bagi pelabur jangka panjang seperti KWSP.

“Bagaimanapun, KWSP menjangkakan inflasi akan kekal rendah berpandukan permintaan agregat dan kos tenaga yang rendah. Dengan mengambil kira faktor tersebut, tahun ini menyaksikan KWSP akan terus berpegang terhadap polisi pengurusan risiko yang teliti dan alokasi pelaburan serta sasaran pulangan yang mengatasi kadar inflasi,” katanya.

Setakat 31 Disember 2014, aset pelaburan KWSP berjumlah RM636.53 bilion, naik 7.91 peratus daripada RM589.87 bilion pada 2013. Pendedahan luar negara, yang membentuk 23 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, merupakan sebahagian daripada program diversifikasi untuk menjana pulangan konsisten bagi jangka panjang.
 
TheRakyatPost
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2