Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 18 November 2014

Budak sekolah rendah ramai hisap dadah


SERDANG – Murid sekolah berusia antara 10 hingga 12 tahun dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz.

Beliau berkata, meski kesnya terpencil dan jumlahnya sedikit namun usaha pencegahan dadah perlu dilaksanakan bermula daripada peringkat sekolah rendah.

“Saya tidak ada statistik berapa jumlah pelajar sekolah rendah atau menengah terbabit dengan penyalahgunaan dadah tapi memang ada berlaku. Yang paling banyak dilaporkan adalah kes hidu gam,” katanya, semalam.

Dalam program anjuran Pemadam itu, beliau turut menyampaikan beg dan pakaian sekolah kepada 100 murid yang mendapat tajaan pihak swasta.

Mohd Najib berkata, pihaknya mengalu-alukan setiap institusi mengadakan kerjasama dengan Pemadam untuk membendung pembabitan pelajar dan belia daripada terjerumus dengan ketagihan dadah.

Mengikut Laporan Dadah Kebangsaan pada tahun 2007 katanya, antara 172 hingga 250 juta penduduk dunia terlibat dengan ketagihan dadah.  Daripada jumlah itu 51 juta adalah remaja yang terlibat dengan pelbagai jenis dadah sintetik.

“Sebab itu saya cadang sekolah-sekolah tubuhkan Kelab Sahabat Pemadam untuk bantu sebarkan mengenai bahaya dadah kepada murid sejak dibangku sekolah,” katanya.
Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2