Sebuah perpustakaan adalah tempat di mana seseorang pelajar pergi untuk belajar dan membuat kajian.
Ia bukan tempat di mana anda melakukan aksi seks dan kemudian menyiarkannya sebagai pertunjukan seks secara langsung.
Itu adalah apa yang seorang pelajar Universiti Newcastle telah lakukan dan ditangkap atas perbuatan yang memalukan itu.
Pertunjukan seks pelajar itu telah
ditayangkan pada laman web berbayar untuk ditonton dan dipromosikan
melalui media sosial, menurut laporan Newcastle Herald.
Menurut universiti, pelajar itu telah
diberi kaunseling selepas pegawai mendapat tahu bahawa dia telah
menyiarkan persembahan seks solo dari perpustakaan kampus Auchmuty.
Jurucakap universiti berkenaan berkata
mereka “sangat kecewa” apabila pelajar itu didapati “menggunakan
kemudahan internet secara tidak wajar di kampus”.
“Kami
mempunyai tataterbit yang jelas dengan menggariskan pelbagai tingkah
laku pelajar di universiti ” katanya dalam satu kenyataan.
“Perkara itu kini telah disiasat dan
pelajar itu juga diberi kaunseling. Satu bahagian penting dalam tugas
kami adalah untuk melindungi privasi para pelajar kita dan tidak sesuai
bagi pihak universiti untuk menyediakan butiran terperinci berhubung
kejadian itu.”
Bahagian perpustakaan di mana pelajar itu dikatakan telah menonjolkan perbuatan seks pada kamera telah dibersihkan.
the rakyat post