social-L
Jentera UMNO dilihat lemah dalam menangkis serangan pembangkang sehingga mahasiswa luar negara mengambil inisiatif bertindak menjawab dakyah tersebut.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara Moscow, Nur Farhana Mohd Anuar berkata mereka ingin membantu UMNO meneruskan perjuangan dengan menjadi jentera siber dalam usaha menangkis serangan parti pembangkang yang bertubi-tubi.
“Kajian 70 peratus masyarakat di negara ini merupakan pengguna internet menjadikan medium sosial sebagai bahan rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan politik semasa.
“Mereka lebih berminat untuk mendapatkan maklumat yang seimbang tetapi malang UMNO tidak menggunakan medium sosial ini unuk mendekati mereka,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Malah katanya, ada di kalangan mereka keliru untuk berpihak kepada siapa walaupun parti mendapat kecaman pelbagai pihak.
“Ini telah menyebabkan mahasiswa tidak kira dalam mahupun luar negara menjadi keliru sehingga ada di antara mereka berpihak kepada parti pembangkang.
“Debabkan itu, ramai anak muda jika ditanya akan menjawab yang UMNO kini tidak lagi relevan buat mereka,” jelasnya.
the rakyat post