Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 23 November 2014

Suri rumah ditipu rakan Facebook


Saodah memohon bantuan Pembela BN berhubung kes penipuan yang dialaminya membabitkan wang tunai lebih RM10,000.

AYER KEROH - Seorang suri rumah rugi lebih RM10,000 akibat terperdaya dengan seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook.

Semuanya berlaku selepas rakannya yang merupakan seorang lelaki warga negara Britain, kononnya menghantar satu bungkusan berisi barangan berharga termasuk wang tunai 10,000 Pounds (RM52,000), dua beg tangan berjenama dan dua pasang kasut berjenama.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Saodah, 49,  berkata, lelaki itu berjanji untuk menghantar bungkusan terbabit pada 12 November lalu dan sehari kemudian, dia dihubungi seorang wanita memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah syarikat penghantaran yang berpejabat di Pasir Gudang, Johor.

“Wanita itu memberitahu, barangan milik saya kini berada di sebuah gudang dan tidak boleh dihantar selagi tidak menjelaskan bayaran RM1,500. Saya yang berada di Kuala Lumpur ketika itu memasukkan wang berkenaan menerusi mesin juru wang automatik (ATM) di sebuah bank atas nama wanita itu.


“Sehari kemudian, saya sekali lagi dihubungi wanita tersebut dan meminta saya memasukkan wang tambahan sebagai bayaran proses untuk mengeluarkan bungkusan tersebut,'" katanya.

Oleh kerana terlalu percaya di dalam bungkusan itu mengandungi wang yang banyak,  Saodah tidak kisah walaupun sudah memasukkan wang ke dalam akaun wanita itu berjumlah RM10,300, katanya yang memohon bantuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

Jelas Saodah, curiga dengan perkhidmatan syarikat tersebut, dia mula mendapatkan kepastian pejabat syarikat itu dan dalam masa sama membuat satu laporan polis di Balai Polis, BrickFields, Kuala Lumpur.

“Malangnya, saya dapati segala dokumen syarikat itu palsu malah alamat diberi juga berbeza daripada syarikat sebenar.

“Lebih merunsingkan, kesemua duit berkenaan saya pinjam daripada ah long,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2