Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 23 Jun 2015

Jempol N.S : Perkenal Nasi Arab pandu lalu


 Perkenal Nasi Arab pandu lalu

JEMPOL - Mini RTC Serting Ilir di sini bakal melancarkan Nasi Arab pandu lalu (drive thru) yang akan diusahakan sepenuhnya oleh usahawan bimbingannya dijangka awal bulan Julai depan.

Pengurusnya, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar berkata, pendekatan itu diambil bagi membantu usahawan terlibat yang telah menghadiri kursus masakan Nasi Arab di Mini RTC sebelum ini.

“Ketika ini kita dalam proses menyiapkan kertas kerja berhubung perlaksanaan dan beberapa perkara penting kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) susulan kita menggunakan ruang di Mini RTC di sini.

“Beberapa usahawan telah dikenal pasti untuk menjayakan projek ini, yang mana masakan, dan segala resepinya adalah disiapkan oleh mereka. Setakat ini, hasil tinjauan kita di sekitar daerah Jempol, belum ada yang menjual Nasi Arab ini dan istimewanya ia adalah lain daripada yang lain,” katanya.

Nurulazma berkata, pihaknya akan memperkenalkan Nasi Arab berkenaan ketika majlis  berbuka puasa dan meraikan anak yatim hujung bulan nanti.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Nurulazma berkata, pihaknya berharap semua peserta yang pernah mengikuti pelbagai kursus di Mini RTC itu dapat manfaatkan ilmu berkenaan terutamanya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

“Tidak perlu bimbang kerana kita akan bantu mereka dalam pelbagai segi antaranya, dana perniagaan, ilmu masakan, lanskap dan banyak lagi. Mereka boleh datang terus ke sini untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Manakala katanya, dalam masa terdekat ini pihaknya akan mengadakan ‘Grooming Class for Hari Raya’ pada 27 Jun ini iaitu pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang.

“Mereka akan diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk ukiran kening, asas solekan, dan penggayaan tudung terkini.

“Yuran asal RM100 namun kita akan menanggung kos tersebut yang mana setiap peserta hanya perlu membayar RM15 sahaja, maklumat lanjut boleh hubungi saya ditalian 017-3756376,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2