Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 22 Jun 2015

Terkejut caj bil elektrik meningkat sekali ganda

Terkejut caj bil elektrik meningkat sekali ganda
 AMPANG - Sebuah syarikat sekuriti di Taman Melawati, di sini, mempersoalkan jumlah bil elektrik premis mereka yang meningkat dua kali ganda setelah pemasangan meter baharu dibuat.

Wakil syarikat yang mahu dikenali sebagai Nurul Aina Shasudin berkata, bil elektrik yang biasa diterima dalam lingkungan RM900 ke RM1,000 sebulan, namun sejak pemasangan meter baharu ia mencecah sehingga RM2,300.

Katanya, pemasangan meter baharu dibuat pada Februari, Mac pihaknya tidak menerima sebarang bil, manakala pada April, bil yang diterima sudah meningkat.

“Pada April, GST mula dilaksana jadi kami fikir mungkin peningkatan bil ada kaitan dengan GST. Tapi bila terima bil Mei, bil semasa mencecah RM2,342.50.

“Hairan  macamana boleh meningkat sekali ganda sebab penggunaan sama saja,” katanya.

Tambahnya, berikutan itu beberapa surat aduan dihantar, malah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Melawati juga telah datang membuat pemeriksaan meter.

“Kami dimaklumkan tak ada  kerosakan pada meter.

“Tapi kenapa perkara macam ni boleh berlaku? TNB kena semak dengan lebih teliti,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar (Kuala Lumpur), Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Ir Lim Yew Soon berkata, hasil semakan TNB mendapati akaun pengguna terlibat dengan kes usikan pemasangan meter membuatkan meter pengguna ditukar pada 15 Februari 2015.

Ujarnya, dengan meter baharu itu, TNB dapat merekodkan penggunaan sebenar yang lebih tepat, sekali gus memberikan pembacaan bil yang lebih tinggi.

“Tuntutan ke atas caj terkurang akan dibuat ke atas pengguna. TNB jemput pengguna ke pejabat TNB Kepong dan boleh hubungi Omar Mat Hussin di talian 03-6254 5181,” katanya dalam satu kenyataan.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2