Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 9 Januari 2015

Banjir: Pencawang elektrik dihanyutkan air


 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata ia menghadapi cabaran getir dalam usaha memulihkan bekalan elektrik ke kawasan Kuala Krai berikutan arus Sungai Kelantan yang deras di Kampung Raba.

Syarikat pembekal tenaga itu berkata ia kini giat menjalankan kerja membaik pulih talian atas merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kuala Krai dan Dabong merangkumi enam pencawang elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Operasi-Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abdul Majid berkata 51 daripada 62 pencawang yang masih dipotong bekalan di Kelantan terdapat di Kuala Krai.


Sepuluh lagi pencawang terletak di Gua Musang dan satu di Jeli.

"Enam pencawang elektrik di Kuala Krai telah musnah dihanyutkan air dan kerja membangunkannya semula akan mengambil sedikit masa," katanya dalam kenyataan.

Jumlah pencawang elektrik yang belum dipulihkan di Pahang menurun kepada 33 berbanding 585 pencawang yang dipotong ketika banjir manakala di Perak, hanya tujuh daripada 88 pencawang yang dipotong bekalan semasa banjir, masih belum dipulihkan.


Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2