Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 28 Januari 2015

Bekas pegawai imigresen ditahan kerana menyamun

Mohd Mokhtar (empat, kanan) melihat barangan dirampas disyaki digunakan untuk kegiatan samun.

JOHOR BAHRU - Bekas pegawai imigresen antara tiga lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Majidee, di sini kira-kira jam 2 pagi Rabu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, anggota polis bertindak atas maklumat yang diterima dan berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 22 hingga 43 tahun dalam tempoh sejam selepas kejadian samun.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta dan sepasang gari yang disyaki digunakan untuk aktiviti samun.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah, selain ujian saringan air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah.

“Semua suspek ditahan reman sehingga hari ini (semalam) dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, semalam.

Sementara itu, pada Selasa lalu kira-kira jam 3 petang, polis menangkap dua lelaki berusia 19 tahun di Stulang Laut, di sini selepas disyaki terbabit dalam beberapa siri jenayah jalanan di sekitar bandar raya ini.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya juga berjaya merampas sebuah Proton Iswara, sebilah parang, sepasang sarung tangan, tujuh telefon bimbit, satu unit set peralatan dan 22 kad tambah nilai.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

“Semua suspek ditahan reman sehingga hari ini (semalam) dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.

“Kejayaan ini membolehkan polis menyelesaikan lima kes samun jalanan di daerah Johor Bahru Selatan,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2