Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 19 Januari 2015

Tak sanggup lagi lalu lopak maut


 Pengguna jalan raya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melalui jalan yang tidak rata dan rosak setiap hari.

 SHAH ALAM - "Saya terpaksa 'terbang' tiap kali nak elak lubang-lubang di sini." Itu antara reaksi pengguna jalan raya di Seksyen 15 di sini.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farizwan Hassan, 18, berkata, selain risaukan keselamatan diri, dia terpaksa berdepan masalah tayar pancit yang kerap setiap kali terlanggar lopak.

“Nyawa kami ibarat di hujung tanduk, bajet pun tak cukup sebab selalu kena baiki motosikal,” katanya,

Reaksi sama turut dilahirkan seorang pemandu teksi, Omar Hussin, 60.

Pengalamannya melalui jalan di sepanjang Seksyen 15 memang menyukarkan malah terpaksa keluar duit lebih untuk baiki kenderaan.


“Bayangkan rezeki tak banyak mana, terpaksa pula bayar kos selenggara teksi. Pihak berkuasa tempatan kena segara baiki jalan, takkanlah nak tunggu ada kematian baru nak bertindak,” katanya.

Seorang pemandu lori, Mohd Asfan Azman, 35, berkata, dia yang kerap melalui jalan itu terpaksa mengelak berpuluh lubang untuk memastikan barangan dibawa tidak rosak.

“Bila terpaksa bawa dalam keadaan macam tu, boleh bahayakan orang lain juga. Tapi saya tak ada pilihan.

“Lori yang saya bawa lori syarikat, kalau selalu nak kena baiki melibatkan kos yang banyak juga. Saya harap sangatlah masalah jalan berlopak ni dibaiki segera,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2