Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 18 Januari 2015

Lelaki maut ditembak di kepala


 16_M
 Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas ditembak individu yang tidak dikenali di kawasan letak kereta di pangsapuri Desa Ria, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Suresh bersama tiga rakannya sedang minum di kawasan kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, sebuah kereta dipercayai jenis Hyundai Sonata berwarna hitam menghampiri mangsa dan rakan sebelum melepaskan empat das tembakan.


“Mangsa mati akibat terkena satu das tembakan di kepala iaitu di bahagian hadapan tepi kanan kepala dan menembusi bahagian belakang kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurut Azmi, mangsa dipercayai ditembak pada jarak lima meter oleh suspek.

Tambahnya lagi, berdasarkan siasatan awal, mangsa didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah pada 2009.

Bagaimanapun beliau berkata, polis masih menyiasat punca atau motif kejadian dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


The Rakyat Post
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2