DAP: Azizan sangat popular di sini
GALERI FOTOPenamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini.
Pencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan
Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8
pagi.
Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN
dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang.
Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang
tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN,
Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul
Samat, 37 tahun.
Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai
profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.
Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November.
Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan
kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar,
Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.
Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.
Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi.
Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu.
LAPORAN LANGSUNG08:00 Trafik ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan bergerak lancar dengan kawalan polis.
Beberapa gerai jualan air dan makanan ringan didirikan di kiri dan
kanan jalan beberapa puluh meter dari pusat penamaan menjadikan suasana
seperti pasar pagi hujung minggu.
08:30 Pemimpin
tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar, kelihatan bersama
Azam.
Ratusan penyokong PAS yang menyertai calon mereka bersama
pemimpin tertinggi Pakatan diminta bergerak ke Pantai Murni daripada
pusat penamaan calon.
Mereka diminta berbuat demikian kerana berkumpul dalam jarak yang tidak dibenarkan. Rombongan BN dijangka tiba tidak lama lagi.

Penyokong parti Islam itu kelihatan tidak gembira kerana sedang teruja mahu menyaksikan acara hari ini dari dekat.
08:36 Penyokong PAS mula berarak melalui penamaan calon sambil bertakbir berulang kali.
08:45 Lautan
penyokong PAS makin rancak berselawat dan melaungkan slogan anti-BN.
Manakala penyokong BN pula, kira-kira 500 orang - yang lebih kecil
daripada kumpulan PAS - menyanyikan lagu parti dan melaungkan slogan
"Hidup BN".
Heavyweight Umno termasuk Datuk Seri Zahid
Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kelihatan bersama Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mengetuai kumpulan itu.
09:00 Tepat
jam 9 calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. Ketika
calon menghantar borang penamaan, penyokong kedua-dua menunggu di luar
dengan penuh semangat.
"Jantung kami berdebar, tak sabar hendak menang," kata Umi Haida Mahmood, 50-an, yang datang dari Pendang seawal jam 7 pagi.
Manakala
seorang pemuda Fitri Badaruddin, 22, dari Bukit Chira pula kelihatan
membawa poster berkaitan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20sen.
"Terima kasih kepada BN!" laungnya kepada orang ramai.
Polis selepas itu memasang kawat berduri di hadapan penyokong BN.
09:15 Di
luar pusat penamaan calon, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir
memberitahu pemberita, BN yakin merampas kerusi Sungai Limau.
Beliau berharap angin perubahan akan bertiup kencang di kalangan pengundi kawasan itu.
Unit Amal pakai topengUnit Amal PAS kali ini lebih bersedia apabila terdapat sebahagian mereka memakai topeng bagi bagi menghadapi gas pemedih mata.
Bagaimanapun, terdapat juga gelagat mencuit hati apabila terdapat tiga penyokong wanita Umno termasuk ke dalam kumpulan PAS.
"Kesian,
depa sesat, ini kawasan bendera hijau," kata seseorang yang disambut
gelak ketawa, sebelum trio itu bergerak ke kumpulan BN.
Anggota
Parlimen Cheras daripada DAP Tan Kok Wai berkata, walaupun hilang
negeri, rakyat DUN itu perlu menjadi agen semak dan imbang.
"Kita akan memang. Azizan sangat popular di sini," katanya.
Khairy mahu bawa peluang kerjaSementara
itu, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat
penamaan berikrar untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan buat
golongan muda di Sungai Limau.
"Kita akan bawa lebih banyak
peluang pekerjaan ke sini. Saya amat bersetuju dengan menteri besar
bahawa kawasan ini perlu dibangunkan.
"Permintaan saya kepada
anak muda di sini, berilah peluang BN jadi waka]il rakyat di sini kerana
kita mahu rakyat di sini selari dengan kerajaan negeri," katanya kepada
pemberita.
Malaysiakini