Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 1 Oktober 2013

'Serangan pada media' punca ranking akhbar jatuh


 
'Serangan pada media' punca ranking akhbar jatuh
 
Keganasan terhadap petugas media oleh peserta demonstrasi dalam BERSIH 3.0 April lalu antara penyebab kepada kedudukan suram Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia di tangga ke-145 tahun lalu, kata menteri komunikasi dan multimedia.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu Parlimen, kemerosotan dari tangga 122 kepada 145 - kedudukan terburuk sejak indeks itu dimulakan pada 2002 - tiada kaitan dengan kawalan media oleh kerajaan.

NONE"Ia tiada kena mengena dengan kerajaan kerana melibatkan keselamatan pemberita yang didakwa dipukul oleh peserta demonstrasi.

"Ia mencetuskan kebimbangan keselamatan di kalangan petugas media," beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Beliau merujuk kepada soalan tambahan oleh Raime Unggi (BN-Tenom) yang mahu tahu sebab jatuhnya kedudukan itu jika Bernama TV berlaku adil dalam liputan kepada kedua-dua pihak.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2