Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 24 Oktober 2013

PANAS!!! Penduduk Kg Chubadak dikasari akibat bantah DBKL roboh rumah

SENTUL 23 OKT: Penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul dikasari ketika bergelut dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis bagi membantah perobohan rumah yang diduduki mereka lebih 60 tahun lalu.

Serangan yang berlaku kira-kira 2.30 petang tadi dipercayai akibat bantahan ke atas operasi perobohan kampung tradisi Melayu itu walaupun mahkamah belum selesai memutuskan status kependudukan dan beberapa penyelesaian yang dibangkitkan penduduk.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip berkata, situasi bertukar kelam kabut apabila penguatkuasa DBKL dan polis menyerbu kawasan berkenaan kira-kira 9.30 pagi tadi tanpa sebarang notis.

Dianggarkan hampir 80 anggota polis dan penguatkuasa DBKL terlibat dalam operasi itu serta tiga jentolak digunakan bagi merobohkan dua rumah penduduk.

Bagaimanapun, sebuah lagi rumah gagal dirobohkan setelah penghuni bersama lain-lain penduduk berhimpun di dalam rumah tersebut bagi mengelakkan perobohan yang diarahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian.
“Penghuni rumah yang gagal dirobohkan mendakwa dikasari polis dan DBKL setelah berlaku pergelutan antara mereka. Apapun kita berjaya menghalang tindakan zalim pihak berkuasa terbabit,” kata Rozan yang meninjau kawasan perobohan itu kepada Keadilan Daily.

DBKL sebelum ini merobohkan beberapa rumah penduduk Kampung Puah Seberang iaitu kawasan kejiranan Kampung Chubadak pada 8 Oktober lalu bagi menjayakan Projek Rivers of Live (ROL) bernilai RM4 bilion.

“Kami masih tak mahu undur, pertahankan hak. DBKL masih belum tunjuk dokumen, kami mahu tuntut dokumen mahkamah!” tegas salah seorang penduduk.

KeadilanDaily

1 ulasan :

  1. http://youtu.be/fqz7FgSMT44

    video perobohan kg chubadak tambahan pada 23october 2013

    BalasPadam

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2