Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 23 Oktober 2013

BERITA BAIK!! UNTUK RAKYAT SELANGOR...KERAJAAN BAGUS RAKYAT TERBELA...

iskandar speech red RMM 02

Kerajaan Selangor sasar 35,000 unit RMM dalam lima tahun

 
SHAH ALAM 22 OKT: Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan akan menambah bilangan rumah mampu milik dengan membinanya melalui Housing & Development Board (HDB) atau membeli rumah mampu milik sedia ada dan diletakkan di bawah HDB.

Beliau melalui laman HarakahDaily berkata, peruntukan RM450 juta yang disasarkan membabitkan pembinaan 5,000 hingga 7,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun berkenaan.

“Daripada keseluruhan projek syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri, kita mensasarkan 35,000 unit rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh berkenaan.

“Kita tidak jual semua unit berkenaan kerana sebahagiannya akan disewakan kepada rakyat yang tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada syarikat swasta dengan meletakkan syarat perlu membina rumah mampu milik, pada penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Masalah perumahan ini bukan dari segi harga rumah tetapi pendapatan rakyat yang rendah. Jadi untuk menampung bilangan mereka yang tidak mampu membeli rumah, kita akan wujudkan rumah untuk disewa seperti ‘council home’,” katanya. -NFN-

Selangorku

1 ulasan :

  1. PKNS ada buat rumah tapi mahal nak mampus, bila tanya tak ada ke nak buat RMM (tahun 2005) mereka kata TAK ADA. Jd kalau benar ini akan dilakukan, harap2 berjalanlah projek ini, Saya sendiri terpaksa beli rumah projek terbengkalai, skrg retak sana sini dan lantai bocor. Kalau Sgor dikatakan negeri maju maka ingatlah bahawa ada org miskin atau sederhana tinggal di sini juga, bukan semua org Sgor kaya raya.

    BalasPadam

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2