Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 20 Oktober 2013

PANAS!! KIAN PARAH!!! PERWAKILAN UMNO BERTUMBUK DI BILIK KIRAAN UNDI

 Gambar Hiasan

Budaya UMNO: Bertumbuk di bilik kira undi


DUNGUN – Ibarat menonton perlawanan tinju, persidangan perwakilan Umno Bahagian Dungun dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan perwakilan dan wakil urusetia pemilihan.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berlaku apabila Ketua Urusetia Umno Bahagian, Alias Mamat masuk ke tempat pengiraan undi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian untuk membuat pemantauan.

Bagaimanapun tindakan beliau tidak disenangi salah seorang perwakilan yang difahamkan dari kem salah seorang calon ketua bahagian yang dipercayai telah melemparkan kata-kata kesat kepada beliau menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.

Suasana lebih panas apabila kedua-duanya masih belum berpuas hati lalu masing-masing menghampiri antara satu sama lain menyebabkan berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun ketegangan itu berjaya direlaikan beberapa perwakilan yang berada di situ dan keadaan terkawal selepas dua individu berkenaan diarahkan beredar dari lokasi terbabit.

Kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.


Alias yang sempat ditemui berkata, kejadian itu tidak menghalang beliau untuk terus berkhidmat kepada parti dan menganggap pergaduhan tersebut sebagai perbalahan adik beradik dalam sebuah keluarga yang boleh diselesaikan.

“Mungkin masa pemilihan ini ada sedikit ketegangan, lepas ini semuanya saya rasa kembali pulih.

“Untuk memastikan pemilihan kali ini berjalan lancar, ia bukan satu tugas mudah, namun semua itu merupakan sebahagian daripada cabaran saya sebagai orang politik," kata Setiausaha Umno Bahagian Dungun itu lagi.

Seramai 788 perwakilan seluruh bahagian Dungun dilaporkan mendaftar diri untuk membuat pemilihan di Dewan Sekolah Menengah Teknik Dungun pagi semalam.

Bagaimanapun 26 daripada 814 perwakilan tidak hadir.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan sehingga jam 9 malam semalam tidak ada laporan dibuat berkenaan kejadian tersebut.

Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/10/budaya-umno-bertumbuk-di-bilik-kira-undi.html
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2