Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 25 Oktober 2013

BERITA GEMPAK!!! VIP tipu kerajaan lepas...


Kes tipu PKFZ: Mahkamah bebas Dr Ling Liong Sik


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas menteri Kabinet Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) daripada pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmad Asnawi dalam penghakimannya mendapati pihak pembelaan memberikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Sembilan saksi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi keterangan dan mengemukakan bukti terhadap Dr Ling.

Dr Ling, 70, dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 2009, pihak pendakawaan kemudian memohon kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi pada tahun berikutnya.

Bekas Presiden MCA itu dituduh menipu Kabinet dengan menyembunyikan fakta terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% dalam pembelian tanah RM25 sekaki persegi di mana kadar faedah dikira sekali dalam harga asalnya.

Beliau kemudian menggesa Kabinet meluluskan pembelian tanah itu yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan berasingan iaitu mempengaruhi Kabinet membeli tanah 999.5 ekar tanah pada RM25 sekaki persegi dengan faedah 7.5% disahkan dan dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Hartanah tetapi tiada perjanjian seumpama itu dibuat.

Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.

Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.

Dalam kamar mahkamah, Ahmadi tidak membacakan penghakimannya setebal 42 muka surat tetapi hanya menyampaikan keputusan tersebut.

"Tertuduh bebas daripada semua pertuduhan kerana pihak pembelaan menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan,” katanya.

Penyokong Dr Ling bertepuk tangan selepas mahkamah memberikan keputusan itu dan Dr Ling turut berjabat tangan dengan hadirin namun enggan memberikan komen kepada media.
“Tiada komen,” katanya sambil meletakkan jari telunjuk di bibir memberi isyarat enggan mengulas keputusan itu.

Dr Ling diwakili peguam, Wong Kian Kheong sementara pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Peguamcara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah tidak hadir ke mahkamah kerana pergi menunaikan haji.

Timbalan pendakwa raya, Manoj Kurup yang membantu Abdul Majid berkata, pihak pendakwaan akan mengkaji keputusan kehakiman sebelum mengemukakan rayuan.
Mereka mempunyai 10 hari bermula hari ini untuk memfailkan rayuan.

Keputusan penghakiman menunjukkan bukti yang dikemukakan Dr Mahathir mematahkan hujah pihak pendakwaan yang seterusnya membawa kepada pembebasan Dr Ling.

Ahmadi berkata, Dr Mahathir dalam keterangannya di mahkamah menyatakan bahawa tanah itu berharga RM25 sekaki persegi untuk projek PKFZ.
Dr Mahathir dalam keterangannya berkata,  beliau mendapati tanah itu bernilai RM1.088 bilion sementara projek keseluruhan RM2.440 bilion.

“Pada pandangan saya, Kementerian Kewangan tidak meneliti nilai tersebut sehinggalah laporan Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan seharusnya lebih arif tentang perolehan tanah tersebut kerana menghadiri beberapa siri mesyuarat.

“Perolehan tanah itu di bawah pengetahuan Dr Mahathir dan beliau mengesahkan tahu tentang projek PKFZ,” katanya.
Hakim itu menjelaskan bukti pembelaan telah membongkar Dr Ling tidak menyembunyikan apa-apa kepada Kabinet.
“Mahkamah berpendirian bahawa Dr Ling tidak terlibat dalam menentukan harga tanah namun hanya mahu memiliki tanah itu dengan cepat,” katanya. - 25 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2