Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 2 Oktober 2013

PANAS!! KERAJAAN NAJIB BELANJA RM 1.6 JUTA UNTUK ARTIS K-POP.

Bayar artis K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat – Audit

KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Najib K PopPerkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelanjaan itu dinyatakan ‘perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat’.

Dalam acara itu, dua kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop, turut dipanggil membuat persembahan, yang kemudian mencetuskan kontroversi kerana dibenarkan berpakaian menjolok mata.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2