Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 1 Oktober 2013

Maruah PAS di Sungai Limau..


         PAS mahu pertahan 'maruah' Sg Limau
 
PAS yakin mampu mempertahankan DUN Sungai Limau dalam pilihan raya kecil (PRK) nanti berdasarkan khidmat bekas menteri besarnya Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan itu sebelum ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS selepas Azizan - yang meninggal dunia Khamis lalu - berjaya mengekalkan kerusi itu lima penggal berturut-turut.

"Ini maruah kita. Lima penggal PAS mengekalkan kuasa bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Dalam laporan itu juga menyebut, beliau berkata PAS akan menggerakkan jentera supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu dan difahamkan jawatankuasa khas ditubuhkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil, Jumaat lalu.

"Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berjaya mempertahankan DUN Sungai Limau selepas menewaskan calon BN dan dua calon Bebas dengan majoriti 2,774 undi.

Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mengakui BN sebagai 'underdog' dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui DUN itu merupakan kubu kuat PAS.

"Maksudnya, kita datang ke sini dalam keadaan kecil dan peluang untuk menang juga payah... Ini satu pengakuan.

"Cuma kami sebagai sebuah parti yang menepati janji, menawarkan satu bentuk peluang kepada rakyat Sungai Limau untuk bergerak bersama dalam arus pembangunan perdana yang kita sedang rangka untuk Kedah.

"Oleh itu kita dapat pastikan peluang untuk kita bwa kemajuan ke seluruh pelosok kedah lebih meluas, tidak kira di kawasan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS atau BN," katanya.

Manakala, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 3 Oktober depan untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN itu selepas menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi itu semalam.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2