Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 2 Oktober 2013

Kerajaan Rakyat Selangor Dapat Pujian Laporan Audit Negara... Terbaik!!!

laporan ketua udit negara

Prestasi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor dipuji

SHAH ALAM 2 OKT : Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (Tabung) yang diurus secara langsung oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mendapat pujian Jabatan Audit Negara dalam laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2012.

Prestasi keseluruhan program biasiswa pinjaman tanpa faedah dan pinjaman boleh ubah ini disifatkan baik, namun beliau berharap Kerajaan Negeri memperkemas dan melicinkan pengurusan dan penyeliaan program supaya ia menjadi lebih berkesan.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi Program adalah baik, namun masih boleh dipertingkatkan dari aspek pencapaian pengajian peringkat ijazah perubatan dan sijil serta mengadakan calon simpanan untuk mengisi tawaran yang ditolak,” menurut laporan itu.

Dalam siasatan ini, pihak Audit menyorot perhatian Kerajaan Negeri kepada sambutan masyarakat kepada program Tabung, melalui beberapa syor penambahbaikan, seperti:

1. Menambah kuota dan sasaran bagi pengajian ijazah yang mendapat sambutan melebihi kuota dan sasaran yang ditetapkan.

2. Mengadakan senarai calon-calon simpanan yang berkelayakan untuk mengisi tawaran-tawaran yang telah ditolak.

3. Menetapkan tempoh bagi setiap proses penguatkuasaan prosedur supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Audit juga menggesa Kerajaan Negeri supaya mempertingkatkan kemahiran kakitangan Tabung melalui latihan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan, dan memanfaatkan sepenuhnya sistem teknologi maklumat.

Sehingga bulan Jun 2012, Kerajaan Negeri telah melaksanakan 7 jenis pinjaman/biasiswa (Program) pelbagai peringkat pengajian melibatkan seramai 15,581 pelajar dengan jumlah pembiayaan RM140.08 juta. Pada tempoh yang sama, Tabung ini mempunyai dana terkumpul berjumlah RM96.92 juta merangkumi penghutang RM94.20 juta, wang tunai RM2.56 juta serta hartanah, loji dan peralatan RM0.16 juta.

Tabung ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Tabung (Lembaga) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dengan ahlinya terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor dan 4 ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2