Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 5 Disember 2013

Panas!!! Lebih 500,000 MyKad hilang. .

KUALA LUMPUR 4 DIS : 565,157 MyKad dilaporkan hilang atau berkemungkinan dicuri dengan peningkatan 32 peratus berbanding tahun lalu mengikut statistik, sehingga Oktober lalu.

 Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata peningkatan secara drastik itu menunjukkan kira-kira 1,860 MyKad hilang dalam tempoh sehari dengan anggaran satu MyKad hilang setiap minit di Malaysia.

Beliau berkata, kehilangan kad pengenalan adalah sesuatu yang meragukan dan mungkin disalah guna penjenayah atau pengundi hantu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

 “Adakah MyKad yang hilang ini digunakan penjenayah atau pengundi hantu ketika PRU-13 lalu. Semua pertanyaan ini perlu dijelaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana jumlahnya terlalu besar.

“Tetapi saya yakin kehilangan ini ada kaitan dengan PRU yang lalu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

 Lip Eng berkata, kementerian juga perlu mengemukakan statistik lengkap berhubung kehilangan MyKad dengan memperincikan kawasan, daerah dan mukim yang terbabit.

Katanya, kegagalan kementerian berhubung isu itu akan menimbulkan pelbagai keraguan dan menggugat kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan.

 “Kerajaan perlu beri penjelasan terperinci berkenaan perkara ini kerana kalau mereka gagal kemukakan statistik, ia akan menimbulkan pelbagai keraguan,” katanya.

Pada 20 November lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat bahawa 397,079 MyKad dilaporkan hilang pada tahun 2010, 413,068 (2011) dan 429,137 (2012).

 -NFN-

 Selangorkini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2