Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 23 Disember 2013

BN jual aset negara RM1.4 bilion, pengkhianatan kepada rakyat - Naib Presiden PKR

SHAH ALAM, 23 DIS : Tindakan Kerajaan BN yang didakwa akan menjual aset negara untuk mencapai sasaranmengurangkan defisit disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata perkara ini adalah langkah terburu-terburu Kerajaan BN untuk menyembunyikan masalah penyelewengan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

tian chua pc pkr 01Katanya, Kerajaan BN juga tidak ikhlas dalam membuat janji mereka sebelum ini apabila mendakwa mampu mengekalkan kadar defisit yang rendah dalam pembentangan Bajet sebelum ini.

“Ini adalah satu perkara yang tidak diketahui umum kerana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan umum dan Parlimen.

“Perkara ini sangat serius dan merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau dalam pada itu turut mengulangi gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan supaya satu sidang tergempar diadakan di Parlimen untuk membahaskan perkara berkenaan.
Katanya tindakan itu adalah tuntutan terhadap pihak Kerajaan BN supaya memberi penerangan dan justifikasi yang baik mengenai dakwaan yang digembar-gemburkan.

“Itu sebab kita rasa perlunya ada ketelusan dalam isu ini dan mencadangkan untuk mengadakan satu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara berkenaan.

“Pihak Kerajaan BN perlu terangkan apa yang telah dijual, bagaimana kerajaan dapat memberi justifikasi yang baik untuk tindakan ini,” katanya lagi.

Terdahulu PKR mendakwa Putrajaya menjual aset negara untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara tetapi rakyat pula terpaksa berdepan dengan tekanan kos barang yang naik mendadak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa langkah tersebut diambil bertujuan menurunkan defisit ke paras empat peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Najib.

Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

EZY

Selangorkini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2