Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 5 Disember 2013

Kaji semula kenaikan tarif elektrik - NGO


KOTA BHARU – Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mahu kadar tarif elektrik yang akan dinaikkan awal bulan hadapan dikaji semula kerana ia akan membuat harga barang dan perkhidmatan naik lagi.

Pengerusinya, Ahmad Othman berkata, kerajaan perlu elak kenaikan 15 peratus di Semenanjung Malaysia dan 17 peratus di Sabah dan Labuan itu ketika rakyat sudah pun dibebani dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini.

Menurutnya, pihak terbabit sudah peroleh banyak keuntungan, maka rakyat harus dibela.

Katanya, pihak terlibat jangan terus memberikan alasan bahawa rakyat masih mendapat subsidi daripada kerajaan, walaupun kadar tarif dinaikkan.

“Bukan semua rakyat kita bergaji besar. Masih ramai yang bergaji antara RM500 dan RM900 sebulan. Kerajaan kena akui dan bertindak kurangkan tekanan dan bebanan rakyat.

 “Sebelum ini harga minyak dan gula naik. Selepas ini kita tidak tahu (apa lagi barang atau perkhidmatan yang akan dinaikkan harga). Yang pasti harga barang dan perkhidmatan sentiasa naik hingga menyusahkan penduduk bandar dan luar bandar,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, negara maju seperti Singapura mungkin tidak berdepan masalah besar jika kos barang atau perkhidmatan meningkat kerana ramai rakyat mereka berpendapatan tinggi.

“Tetapi taraf hidup di negara kita masih seperti biasa, tidak naik dan tidak turun. Kadar gaji masih di tahap lama, RM500 hingga RM600 (sebulan) masih rendah.

Penguatkuasaan lebih tegas perlu untuk pelarasan, sekali gus memberi kelegaan untuk rakyat yang kini berdepan kos sara hidup yang makin tinggi,” katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2