Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 20 Disember 2013

Baca Al-Quran, Terangkan hati.

MUNGKIN sebahagian daripada kita berasa sukar untuk memahami ayat al-Quran kerana tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab. Namun, sejauh mana kita berusaha untuk memahaminya dengan kemampuan yang dimiliki?

 Pentingnya memahami ayat al-Quran ini, kerana ia merupakan sumber rujukan utama dalam kehidupan seorang muslim. Tanpanya, kita akan tersasar jauh daripada landasan Islam sepertimana yang berlaku pada hari ini.

 Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab ALLAH dan sunnah Rasul-NYA.” (Riwayat Imam Malik)

 Melihat kepada kepentingan ini, Karya Bestari telah berusaha untuk memudahkan masyarakat memahami dan mentadaburnya dengan menerbitkan mushaf al-Quran Amazing.

Menariknya, mushaf ini memudahkan kita untuk mempelajari asas kefahaman bahasa al-Quran perkataan demi perkataan. Manakala, terjemahan perkataan itu diletakkan di bawah ayat mengikut aturan per kata. Ia lengkap bersama ‘nota kaki’ bagi menerangkan makna perkataan-perkataan tertentu.

Turut didatangkan Mu’jam (kamus) bagi menerangkan definisi perkataan dari sudut bahasa, bagi membantu meningkatkan kefahaman pembaca pada ayat yang diterjemahkan. Ditambah lagi penerangan daripada tiga tafsir terkenal seperti, Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Tabari, untuk menajamkan lagi kefahaman pembaca.

 Penjelasan ayat adalah berdasarkan tema seperti ibadah, muamalah dan akidah. Ia turut dihuraikan secara sederhana, komprehensif dan aplikatif bagi kefahaman pembaca pada maksud ayat. Di samping itu, ia turut disokong oleh Asbabun Nuzul (sebab turun ayat), Sirah Nabawi, Hadis Nabawi dan lain-lain.

Semoga al-Quran yang dibaca dapat difahami dan dihayati dalam kehidupan seharian, serta dapat menghidupkan kembali hati-hati manusia menuju keredhaan-NYA.

 Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2