KUALA LUMPUR:
Umno Bahagian Kuantan hari ini menerima tamparan apabila lebih 100
penyokong tegar mereka telah mengisytiharkan masuk PKR ekoran rasa
kecewa dan tidak puas hati di atas cara layanan yang mereka terima
daripada kerajaan Umno BN negeri.Menurut blogger Omak Kau, penduduk Tanah Putih Baru yang diketuai Encik Rashid iaitu orang kuat Umno cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan parti itu yang gagal membela nasib mereka.
Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada Ahli Parlimen Kuantan merangkap Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh petang tadi.
Lihat di sini
HarakahDaily
