Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 18 Disember 2013

TERBAIK!!!! YB KHALID SAMAD TEGUR KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

Ahli Parlimen PAS Gesa Selangor Jangan Tiru Kerajaan Pusat Naik Harga

Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak meniru kerajaan pusat yang sejak kebelakangan ini mengumumkan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.

"Kita menyarankan kerajaan negeri supaya tidak mengikut kegilaan kerajaan pusat yang hanya tahu mengambil duit daripada rakyat tanpa mengira kesannya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, tindakan kerajaan pusat yang terus menerus mengumumkan kenaikan harga barang menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat yang terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Khalid berkata, adalah penting kerajaan negeri memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar sewaan, lesen atau sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna.

Tindakan tersebut, katanya, dapat membantu rakyat dalam menangani situasi mencabar dalam berdepan dengan kenaikan harga barangan sekarang.

Khalid berkata, sekarang merupakan masa terbaik bagi kerajaan Selangor membuktikan pelaksanaan kepada negara berkebajikan.

Katanya, dengan lebihan rizab dan hasil pendapatan negeri yang tinggi, Selangor boleh memastikan rakyat di bawah naungannya terjaga dan tidak terjejas dengan kenaikan harga yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Kerajaan negeri, katanya, perlu mengambil tindakan tegas dalam memantau semua PBT untuk tidak melaksanakan sebarang kenaikan cukai, bayaran parkir kereta dan sebagainya.

Khalid berkata, kini sudah ada aduan daripada rakyat yang mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengenakan bayaran parkir kereta walaupun sebelum ini tempat tersebut tidak pernah dikenakan bayaran.

Selain itu, ada peniaga restoran mendakwa MBSA menaikkan kadar sewa untuk meletakkan meja dan kerusi di kawasan parkir tepi jalan.

"Kalau dulu kadar yang dikenakan sebanyak RM10,000 untuk tempoh 6 bulan kini MBSA menaikkan sehingga RM20,000 bagi jangka masa yang sama," katanya.

Khalid berkata, PBT di Selangor tidak perlu mencontohi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKl) yang tidak pernah mengendahkan kepentingan dan kesukaran rakyat.

"Kita tidak mahu apa jadi di Kuala Lumpur berlaku di Selangor kerana perlu diingat setiap tindakan menaikkan sewa atau cukai, yang terbeban pastinya adalah rakyat bukannya peniaga," katanya.

Berita ihsan The Malaysian Insider
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2