Menurutnya, himpunan tersebut akan diadakan di Dataran DBKL, jam 11 pagi pada 16 November ini, seperti yang dirancang.

“DBKL harus mengikut undang-undang. Sekiranya mereka gagal membuat pendengaran yang adil kepada kesemua warga kota KL yang menghantar surat protes
Maka mereka tidak boleh melaksanakan kenaikan cukai di bawah undang-undang,” jelasnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau dalam pada itu menyelar kenyataan bercanggah Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya berhubung keputusan menangguhkan kenaikan cukai tersebut.
“Warga kota tidak boleh berdiam diri sahaja. Ini adalah satu langkah percukaian yang harus kita tentang habis-habisan,” ujarnya ketika ditemui dalam sebuah forum di Petaling Jaya.
“Maka kita akan terus dengan protes supaya mereka yang membuat bantahan akan dipanggil untuk proses pendengaran DBKL.
“Pada 16 Disember semua ahli parlimen pakatan rakyat akan turun padang memberi notis bantahan di DBKL secara rasmi,” ujarnya ketika ditemui.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kerajaan tidak mempunyai pendirian tegas mengenai kenaikan berkenaan yang membebankan rakyat khususnya warga kota.
“Kerajaan sekejap kata tangguh, pada keesokan harinya kata teruskan, dan mereka hanya akan pertimbangkan kalau ada surat bantahan.
“Jika kita tidak menghantar surat bantahan), maknanya kita setuju dengan kenaikan tersebut,” ujarnya sambil menggesa penduduk menghantar surat bantahan itu beramai-ramai.
KeadilanDaily