
Ini kerana keuntungan syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diboroskan oleh Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya.
“Sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur bakal menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.
Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof hari ini dilaporkan berkata, jumlah sebenar kenaikan belum diputuskan.
Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).
Menurut Rafizi, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.

Manakala Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.
“Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh BN.
“Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah,” tegasnya.
KeadilanDaily