Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 27 Disember 2013

Berita Pecah!!!!! Kerajaan haram umno taja NGO Perkasa..



SHAH ALAM - Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, bahawa Perkasa menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) turut mendapat reaksi pembangkang.

 Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa penerimaan dana oleh Perkasa melalui agensi di bawah Umno-BN bertujuan membakar sentimen perkauman di negara ini. “Pendedahan ini membuktikan pertubuhan ini menggunakan wang rakyat sebagai subsidi kepada suatu kumpulan perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN.

“Sebelum ini umum maklum bahawa Perkasa ialah perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Sementara itu, Nik Nazmi turut mempertikai status program BTN kerana agenda badan berkenaan yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. “Program BTN juga menimbulkan persoalan.

Ramai termasuk saya sendiri mempersoalkannya. Sebelum ini, kerajaan pada 2009 telah memberi komitmen untuk melakukan perubahan. Tapi jika BTN sebagai agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam blognya memaklumkan kenyataan terbuka Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol mengenai dana tersebut disifatkan sebagai mengejutkan, menjijikkan dan tidak boleh diterima.

Teresa turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang memperjuangkan konsep 1Malaysia melindungi dan memberi bantuan kepada sebuah organisasi yang menentang konsep sendiri. “Perdana Menteri harus meminta maaf kepada pembayar cukai kerana menggunakan wang berkenaan untuk membiayai NGO yang menentang perpaduan dan keharmonian agama,” katanya.

 Isa dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, Perkasa tidak mungkin berupaya menggantikan Umno kerana pertubuhan itu juga menerima dana daripada kerajaan pusat. Menurut Isa, kerajaan melindungi Perkasa dan badan itu menerima banyak faedah sekali gus tiada kemungkinan untuk Perkasa menggantikan Umno.

 Sinar harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2