Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 6 Ogos 2013

Segerakan reformasi akta pilihan raya - Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR 4 OGOS: Tidak kira sama ada Pakatan Rakyat atau BN, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berpendapat mahkamah tidak wajar menolak sesuatu petisyen hanya bersandarkan bantahan awal.

Lantaran itu, beliau menyarankan agar  reformasi sistem pilihan raya beserta undang-undangnya perlu dilakukan segera bagi memastikan satu proses permohonan petisyen berjalan secara adil  di mahkamah.

Menurut beliau, kesemua permohonan petisyen sehingga kini ditolak pada peringkat awal dan tidak sampai ke peringkat merit untuk membentangkan hujah.

Izzah“Kita bercakap tentang undang-undang petisyen pilihan raya yang diwujudkan sejak 1954 dan kebanyakan kes ditolak berdasarkan bantahan awal tidak sampai pun ke peringkat hujah mengapa kita bawa kes tersebut.

“Oleh itu, reformasi pilihan raya termasuklah undang-undang lapuk ini wajib dilaksanakan,” katanya.

Beliau dalam pada itu sekali lagi mengulangi harapan supaya proses petisyen yang penting dapat disaksikan oleh rakyat melalui perjalanan mahkamah.


Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur mengekalkan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Setiausaha Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.

Mahkamah memerintahkan Sazali membayar kos RM40,000.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2