Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 19 Ogos 2013

Panas!! Bukti amalan nepotisme menteri Umno

KUALA LUMPUR 18 Ogos: Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melantik anaknya sebagai pegawai khas di kementerian itu, bukti amalan nepotisme yang diamalkan Umno BN sejak sekian lama, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

1Nedim_NazriKatanya, amalan itu semakin buruk apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan tersebut, dengan alasan menteri boleh mengambil ahli keluarga bekerja jika tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
“Melantik anak sendiri sebagai pegawai khas adalah amalan nepotisme dan tindakan Najib mempertahankannya bermakna menyokong amalan itu,” katanya.

Menurutnya, keputusan melantik anak sendiri sebagai pegawai khas di kementeriannya, turut menunjukkan Nazri meragui keupayaan individu lain yang lebih layak.
“Tak kan lah tiada seorangpun anak muda terutama graduan universiti yang masih mencari kerja tidak boleh dipertimbang sebagai pegawai,” katanya kepada keadilan daily.

Pada 15 Ogos lalu, Nazri mempertahan tindakan melantik anaknya, Muhammad Nedim sebagai pegawai khasnya sambil menegaskan ia hak mutlak beliau selaku Menteri. Nazri turut memberitahu beliau tidak akan menggugurkan jawatan anaknya semata-mata untuk menggembirakan sesetengah  pihak.

“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja. Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” kata Nazri kepada media 15 Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kenyataan Nazri itu sombong dan tidak mencerminkan dirinya selaku menteri yang menjaga imej negara.

Tindakan Nazri sebelum ini mengundang respons pelbagai pihak yang menyifatkan perkara seperti itu tidak harus berlaku dalam pentadbiran kerajaan.
Susulan itu, Nedim kemudian disenaraikan di laman web kementerian pelancongan sebagai pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas, dan bukan di kementerian tersebut.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2