Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 13 Ogos 2013

Terbaik!!! PKR sambut baik cadangan Karpal

Rafizi

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik cadangan Pengerusi DAP supaya kepimpinan tertinggi PR mengishtiharkan harta.

Menurutnya dalam PKR sendiri, turut menyokong usaha tersebut sejak dahulu lagi kerana yakin rakyat dapat menilai ketelusan kepimpinan tertinggi PR.

“Dalam PKR sendiri kita menyokong usaha tersebut, contohnya di negeri Selangor kita telah buat dasar tersebut.

"Melalui usaha ini rakyat dapat menilai ketelusan pemimpin PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menyentuh hal yang sama, bagi memastikan keputusan bersama dibuat oleh seluruh pemimpin tertinggi PR mengishtiharkan harta, perkara ini perlu dibawa berbincang oleh Pas, PKR dan DAP.

“Bagi memastikan semua pemimpin PR mengishtiharkan harta, isu ini perlu dibawa ke meja perbincangan oleh ketiga-tiga parti dalam PR.

“Baru keputusan bersama dapat dibuat," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut beliau mengatakan kemungkinan akan diadakan hujung bulan ini.

“Mungkin dalam dua minggu lagi,” katanya ringkas.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2