Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 1 Ogos 2013

Ulama pertahan undang-undang syariah (Wajib Baca)

 

        Ulama pertahan undang-undang syariah bendung jenayah
 
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan supaya undang-undang syariat Islam diperkenalkan di negara ini bagi membanteras kegiatan jenayah yang semakin serius.

Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, undang-undang syariat Islam bagi membanteras jenayah juga harus diguna pakai kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, golongan itu tidak perlu berasa bimbang atau takut dengan undang-undang tersebut kerana ia turut menjaga kepentingan mereka.

NONE"Kita yakin undang-undang yang dicipta Allah ini adalah undang-undang untuk jaga manusia dan dibuat untuk jaga lima perkara maqasid syariah utama dalam Islam. 
(Undang-undang syariat Islam) bukan sahaja untuk orang Islam tetapi termasuk bukan Islam juga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nasrudin semalam, mencadangkan supaya sistem perundangan syariat Islam digunakan sebagai alternatif membanteras jenayah memandangkan sistem yang sedia ada dilihat tidak berjaya.

Menurutnya, daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April hingga 30 Julai tahun ini, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang melibatkan pelbagai kelas masyarakat.

Bagi merealisasikan cadangan itu Roslan berkata, sistem perundangan perlu menyatukan sistem perundangan sivil dan Islam bagi memudahkan pelaksanaan undang-undang syariat Islam meliputi semua kaum.

Bagi tujuan itu juga, tambahnya, badan berkaitan peguam dan kehakiman perlu duduk bersama NGO Islam dan ahli akademik bagi membincangkan perkara itu.

"Sudah sampai masa kita harmonikan perundangan Islam dan sivil supaya dapat dilaksana di Malaysia dan boleh bergerak ke arah perundangan yang satu, bukan perundangan sekarang yang ada dua sistem dalam negara," kata Roslan.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2