Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 12 Ogos 2013

Dr Mursi akan kembali dengan dua janji - Ragheb El Sergani (Pendakwah)


Dr Mursi akan kembali dengan izin Allah Ta’ala jika kita mengikat dua perjanjian yang jelas dan mutlak dengan Allah azza wa jalla.

Perjanjian pertama : Berjanjilah dengan kami bahawasanya jika Allah mengembalikan Dr Mursi dan kerajaan yang dirampas kepada kita, maka sesungguhnya kita akan menjadikan kerajaan ini selari dengan manhaj Rasulullah! Saya mengakui sesungguhnya niat-niat yang baik, tetapi niat yang baik sahaja tidak mencukupi, tetapi haruslah menepati sunnah Rasulullah.

Sunnah Rasulullah itu ialah : tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan ianya (diucapkan) pada hari pertama dakwah baginda. Baginda telah mengisytiharkannya secara jelas dalam setiap ucapan-ucapannya. Dan perkara ini tidak ada padanya peringkat.

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, janganlah membuang masa-masa kamu dalam ijtihad yang bersandarkan kepada pemikiran yang bertentangan dengan jalan Rasulullah, sesungguhnya demi Allah, ianya tidak sesekali akan mewariskan kepada kamu kecuali kerugian.

Isytiharkannya secara jelas : Islamiyyah islamiyyah..Berjanjilah kepada Allah untuk mengucapkan : Sesungguhnya kami mahu melaksanakan zakat, menghalang riba, melaksanakan peraturan hudud secara sempurna, menggunakan pertimbangan Al Quran dan As Sunnah pada jalan-jalan kami, pada mesyuarat-mesyuarat kami, dalam amal-amal kami dan pada media-media kami; tanpa merasa malu kepada manusia, tanpa merasa takut kepada penduduk bumi seluruhnya.

Peganglah perjanjian ini wahai saudaraku, dan matilah deminya. Tugas kita ialah agar manusia menyembah Tuhan sekelian alam dengan ibadah yang benar, dan ianya haruslah menjadi tujuan kita “yang diisytiharkan dengan jelas”; pada ucapan-ucapan politik kita, dalam media-media kita, ketika program-program pemulihan kita, ketika rundingan-rundingan kita, dalam percakapan-percakapan kita dan dalam campur tangan kita.

Kita menuju kepada pelaksanaan syariat, oleh sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk (mencapai) kekuasaan. Dan jika sekiranya kekuasaan ini hanya untuk menggembirakan manusia di dunia sahaja, kita tidak mahukannya.

Perjanjian kedua : Demi Allah, kita tidak akan berpecah-belah, kita akan menyingkirkan perselisihan dan perbalahan, kita akan membersihkan hati-hati kita daripada perasaan dendam kesumat dan kebencian. Berwaspada daripada saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berwaspada daripada menghina para ulama’ yang tidak mewakilii parti kamu atau haluan kamu. Berhati-hati daripada (sifat) tamakkan jawatan dan pangkat yang menjadikan kamu menaruh dendam kepada mana-mana kelompok. Berhati-hati agar kamu tidak membelakangkan para Islamis tetapi kamu tersenyum dan gembira serta senang hati berhadapan dengan golongan yang menentang Islam dan memerangi Allah dan Rasul-Nya.

Berpeganglah kepada tali Allah wahai saudaraku. Sesungguhnya kehidupan ini hanya sekali dan singkat, maka jadikanlah ia hanya untuk Allah semata-mata. Jika kita memegang teguh kedua-dua janji ini dengan ikhlas, Allah akan mengembalikan negara kita dan lebih dari itu. Bagaimana? Aku tidak tahu! Tetapi Allah tahu waktunya iaitu bila adanya genarasi yang menjadikan dua janji ini matlamatnya

Sumber : sootnews
‪#‎mesirkini‬
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2