Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 21 Ogos 2013

Panas!! Kereta RM1.25 juta dirampas Kastam Terengganu

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU - Sebuah kereta mewah bernilai RM1.25 juta adalah antara barangan yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
  
Pengarahnya Abdullah Zawawi Abd Latiff berkata kereta itu disita kerana mengelak cukai yang dianggar bernilai RM1.7 juta.
  
Secara keseluruhan nilai rampasan barangan seludup JKDM dari Januari hingga Julai lepas ialah lebih RM1.7 juta dengan anggaran cukai lebih RM4 juta, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
  
Barangan lain termasuk rokok keretek dan rokok putih, arak, mercun, bunga api dan beras.
  
Katanya mereka yang ditangkap cuba menyeludup berdepan dengan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
  
Beliau juga meminta orang ramai di Terengganu tidak silu menyalurkan maklumat kepada JKDM jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dengan menghubungi talian 09-6204257 atau talian bebas tol 1800-88-8855.
  
"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran saguhati akan dipertimbangkan kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2