Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 12 Ogos 2013

Terkini!! Rafizi Ramli Ulas Isu BR1M


                                                   Rafizi Ramli                                                   
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar baru Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilihat tidak jauh bezanya dengan cadangan yang diketengah pemimpin PR.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan perkara tersebut tidak jauh bezanya dengan cadangan yang diketengah dalam Buku Jingga dan belanjawan pembangkang tahun lalu.

“BR1M ini keadaannya terbalik, BN tidak mahu menyelesaikan masalah ekonomi yang meruncing termasuklah soal gaji dan kos sara hidup yang tinggi, jadi cukup sekadar mereka beri bantuan RM500 setahun.

“Kalau kita laksanakan perkara ini, maknanya golongan yang benar-benar susah dan memerlukan bantuan itu kecil, barulah sumber kerajaan itu mencukupi untuk menyediakan bantuan yang sewajarnya kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan akan menaikkan  kadar BR1M pada tahun depan dan maksimum RM1,200 dalam tempoh lima tahun akan datang pada pembentangan Belanjawan 2014 Oktober depan.

Sementara itu, Rafizi turut mengulangi dasar yang diketengahkan PR untuk menjadi rakyat Malaysia boleh hidup dengan tenang tanpa memerlukan bantuan subsidi berterusan melalui usaha mereformasikan ekonomi negara termasuklah menaikkan gaji yang lebih tinggi dan menurunkan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.

Malah tegasnya beliau yakin ahli Parlimen pembangkang akan memastikan cadangan kerajaan itu dibuat secara menyeluruh dan dilaksanakan seiring dengan pembaharuan ekonomi.

“Kita tidak mahu hanya cakap kosong ataupun janji politik, bunyinya cantik kepada rakyat dengan dasar itu,

“Ia perlulah disertakan sekali pembaharuan ekonomi yang serius kerana ada pembaharuan ekonomi yang boleh dilakukan kerajaan dalam sekelip mata contohnya turun harga kereta, sampai sekarang dia tidak turunkan,”katanya lagi.

Tambah beliau, tekanan kepada rakyat akan bertambah teruk apabila Bank Negara Malaysia bercadang untuk memendekkan tempoh pinjaman dari sembilan tahun kepada tujuh tahun bagi pembiayaan kereta.

“Dalam keadaan harga kereta tidak turun kerana cukai tidak turun, kemudian gaji tidak berubah, apabila dipendekkan tempoh pembiayaan, bermakna bayaran bulanan rakyat akan semakin naik.

“Ia akan menyebabkan pendapatan bersih rakyat selepas ditolak rumah dan kereta masih ditakuk lama dan lebih ramai rakyat yang akan tergolong dalam mereka yang perlu diberikan pertolongan,”ujarnya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2