Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 26 Ogos 2013

MB Selangor cadang sejarah kemerdekaan ditulis semula


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar sejarah kemerdekaan negara ini dikaji dan ditulis semula kerana mendakwa terdapat fakta yang tidak jelas berhubung perkara itu.

Beliau berkata penulisan semula itu perlu dilihat dari aspek gambaran sebenar peristiwa kemerdekaan memandangkan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para sejarawan dan ahli akademik mengenainya.

"Sejarah itu adalah suatu perkara atau kejadian yang telah berlaku berdasarkan fakta-fakta mengapa ia terjadi...tetapi ada kalanya penelitian ahli sejarah mengenai punca peristiwa itu berlaku berbeza.

"Perbezaan inilah yang perlu diperjelaskan. Sebagai contoh, asas kemerdekaan negara bermula daripada gerakan penentangan Malayan Union pada tahun 1946 namun ada juga orang kata asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor serta melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Katanya penulisan semula sejarah itu perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab agar boleh dijadikan sebagai rujukan bagi semua peringkat termasuk di sekolah.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2