Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 30 Ogos 2013

Panas!! Hina Islam : Parti DAP Buat Laporan Polis Keatas Akaun FB ‘Adlin Binti Abd Jalil.

                     Isu hina Islam: DAP gesa siasat pemilik FB                                                             
 Isu hina Islam: DAP gesa siasat pemilik FB

ALOR SETAR - DAP Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan akaun facebook yang menghina agama Islam.

Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya terkejut mendapati wujudnya individu yang menggunakan nama ‘Adlin Binti Abd Jalil, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara’ yang menghina ALLAH dan Nabi Muhammad secara terang-terangan.
Menurutnya, pemilik akaun facebook berkenaan didapati sudah sekian lama melakukan perbuatan terkutuk itu, malah diikuti lebih 21,000 pengikut.

“Kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap akaun facebook berkenaan kerana secara jelas melakukan penghinaan terhadap agama Islam, malah mempermainkan dan mengeji ALLAH serta Nabi Muhammad SAW

“Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera bagi menyekat akaun tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, baru-baru ini.

Syed Araniri berkata, tindakan individu terbabit adalah sangat keterlaluan jika dibandingkan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam yang timbul sebelum ini.

“Ini penghinaan yang paling teruk yang pernah kita lihat.

Saya dapati perkara ini sudah wujud sejak lima bulan lalu tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya.

“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berada di dunia facebook kerana boleh mempengaruhi orang lain secara psikologi. Kita berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau lagi, perkembangan akaun facebook berkenaan sememangnya diikuti ramai orang yang mengutuk tindakan itu dengan berbalah dan berhujah pelbagai persoalan.

“Namun, amat kita kesali kerana tiada sesiapa pun yang membawa hal ini ke hadapan supaya boleh diambil tindakan sewajarnya. Orang seperti ini tidak boleh ada di dalam facebook kerana boleh mempengaruhi secara psikologi.

“Ini adalah persoalan akidah ummah, di mana secara jelas perbuatan individu berkenaan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2