Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 11 Ogos 2013

Panas!!! Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah?


Keghairahan orang ramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.

Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.

Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Baca lagi sini 
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2