Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 14 November 2013

AMARAN!!!! KAD PENGENALAN PALSU: MALAYSIA DALAM BAHAYA

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat usaha Jabatan-Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen membuat operasi besar-besaran berikutan dua kejadian besar yang menggemparkan negara seperti pembunuhan kejam Pegawai Bank dan juga rompakan Kedai Emas oleh Pengawal Keselamatan baru-baru ini. Rupa-rupanya terdedah disebalik dua kejadian besar tersebut iaitu Pengawal Keselamatan tersebut mempunyai Kad Pengenalan palsu dan pada hari ini sahaja operasi yang serupa telah berjaya menangkap lebih sepuluh (10) orang Pengawal Keselamatan yang mempunyai Kad Pengenalan palsu berjaya di tahan dengan menggunakan kerakyatan Negeri Sabah dan kebanyakan mereka datangnya dari Negara Filipina.

Dalam usaha yang telah dilakukan oleh Jabatan Kerajaan tersebut, kami mengucapkan tahniah kerana berjaya membongkar ‘kerakyatan palsu’ dalam negara kita. Sudah tentu rakyat tertanya, adakah mereka yang memiliki Kad Pengenalan palsu ini mendaftar juga sebagai pemilih bagi melayakan mereke mengundi setiap kali Pilihan Raya di dalam negara kita? Dua kejadian tersebut secara tidak langsung mendedahkan bahawa Malaysia kini di dalam bahaya dengan suasana yang berlaku dan malah dengan beberapa tangkapan baru-baru ini juga mendapati bahawa kebanyakan mereka memiliki Kad Pengenalan palsu yang diperolehi dari Negeri Sabah khasnya. Adakah ianya berkaitan ‘Projek I/C’ yang pernah didedahkan? Bagaimana pula begitu mudah Kad Pengenalan palsu ini yang menyerupai Kad Pengenalan rakyat Malaysia?

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menubuh satu Jawatankuasa DiRaja bagi menyiasat keselamatan Kad Pengenalan sedia ada kerana dicurigai disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi kami ini adalah isu keselamatan dan semua pihak perlu bersatu menyokong usaha ini demi keselamatan negara kita. Bagi kami pihak kerajaan jangan terlalu banyak alasan bagi menafikan situasi genting ini. Persoalan kami, apakah jaminan isu keselamatan terutamanya yang menembusi kerakyatan sedang mereka warga asing yang bermaharaja mencabuli dan melakukan kekejaman yang gagal diatasi oleh kerajaan yang menjadi tempat pelindung rakyatnya!

DR. RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2