Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 5 November 2013

PANAS!!!! RAHSIA BURUK NAJIB TERBONGKAR!!!


shah_alam_mp_khalid_samad 
 
 Strategi monarki Najib kuasai kewangan negara
 
SHAH ALAM 5 NOV : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menambah peruntukan sehingga 43 kali ganda di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dilihat sebagai satu strategi ala monarki penuh dalam usaha menguasai kewangan negara. 

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata strategi itu membolehkan Najib mempunyai kelebihan mengguna wang pembayar cukai sewenang-wenangnya tanpa butiran yang jelas dan dikhuatiri digunakan untuk survival politik Barisan Nasional (BN).

“Dengan cara ini, JPM ibarat menjadi raja dan sultan menguasai penuh segalanya serta tidak boleh dipersoalkan. Dengan ini juga, kewangan negara boleh digunakan sama ada untuk menaikkan imej Perdana Menteri mahupun projek ‘mi segera’ membeli undi ketika pilihan raya bagi memenangkan BN,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkenaan jumlah peruntukan untuk JPM meningkat sehingga 43 kali ganda sejak Najib mengetuai pentadbiran negara, pada 2009.

Pada 2010, jumlah peruntukan bagi JPM hanya RM 158 juta iaitu 0.3 peratus daripada keseluruhan RM 54 bilion peruntukan pembangunan, namun meningkat sehingga RM 6.8 bilion, iaitu 15 peratus daripada RM53 bilion jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan bagi 2014.

Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, tindakan Najib berselindung berkenaan urusan perbelanjaan kewangan negara di bawah nama JPM dilihat sebagai tidak telus dan bertanggungjawab.

“Ia bukti tindakan terdesak bagi Najib dalam usaha memperkukuhkan BN yang dilihat semakin hari semakin hilang kepercayaan rakyat kerana Kn menjadi lebih mudah berbanding jika diletakkan di bawah kementerian lain kerana perlu diaudit, berbanding jika diletakkan di bawah JPM,”katanya. -NFN-

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2