Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 30 November 2013

Pas Perlu berhati-hati nasihat Rafizi Ramli..


PETALING JAYA - Pas sedar PR adalah wadah untuk menukar kerajaan BN walaupun memutuskan membuka ruang muzakarah bersama Umno, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau berkata, PKR tidak bimbang dengan perkara tersebut bagaimanapun gusar dengan "tindakan" Umno yang cenderung memutar belitkan isu tersebut.

 Menurutnya, PR terutamanya Pas perlu berhati-hati dengan ajakan muzakarah tersebut untuk mengelakkan ada pihak lain menimbulkan polimik baru bagi mengalih tumpuan rakyat dalam isu yang dihadapi negara. "Saya yakin Pas sedar atas dasar kedudukannya dalam PR, kepentingannya dalam PR, saya tidak bimbang dengan muzakarah yang dibuat.

 "Kerana saya yakin pimpinan Pas ada kebijaksanaan dalam apa-apa tindakan yang diambil, cuma saya lebih gusar kerana itu akan diputar belitkan oleh Umno. "Waspada kita bukan sangat kepada niat kepimpinan Pas, saya rasa itu tidak ada orang yang meraguinya tetapi sebaiknya kita perlu berhati-hati supaya Umno tidak memutar belitkannya dan menjadi isu untuk memecahbelahkan PR," katanya kepada Sinar Harian Online, selepas Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, semalam.

 Pada minggu lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno. Susulan itu, beberapa pemimpin BN menyambut baik perkara itu termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak namun mahu melihat skopnya terlebih dulu. Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata muzakarah akan menjadi survival politik Umno berbanding Pas.

 "Muzakarah akan survival politik Umno, Pas ini terbuka, hanya Umno yang tergila-gila mahukan muzakarah. "Sebab itu saya tak bimbang apa-apa keputusan yang Pas buat, saya lebih bimbang perangai 'buruk' Umno yang akan putar belit yang akan mengatakan seolah-olah Pas nak bergabung dengan Umno, tapi perkara itu tak berlaku," katanya lagi.

 Sinar harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2