Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, berkata badan khas terbabit akan diletakkan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Katanya,
dengan penubuhan itu Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 5,000 unit
rumah mampu milik akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.“Mesyuarat Exco pada 13 November lalu meluluskan untuk menubuhkan badan khas ini. Jadi hari ini saya mengumumkan penubuhan itu.
“Pembinaan rumah mampu milik ini sebenarnya kita sudah janjikan pada manifesto Pakatan Rakyat Selangor.
“Tugas utamanya ialah membina rumah mampu milik sahaja, kalau dulu kita harapkan kepada pemaju dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi sekarang ia melalui Kerajaan Negeri sendiri,” katanya selepas majlis menyerahkan kunci kepada pemilik pangsapuri Andorra di Sri Muda, di sini.
Hadir sama ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim.
Iskandar
berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil model dari ‘Housing Development
Board Singapore’ untuk membina rumah mampu milik itu nanti.Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa tanah yang bakal dimajukan antaranya di Bangi dan Kuala Selangor.
Beliau memaklumkan projek pertama akan dimulakan pada Jun tahun hadapan.
-EZY
Selangorkini
