Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 8 November 2013

Panas!!! Sultan Johor tarik balik gelaran 'Datuk' bekas pengarah Upen Johor..... KENAPA EKK????

Sultan Johor tarik balik gelaran 'Datuk' bekas pengarah Upen Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar bertitah darjah membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor Hamsan Saringat ditarik balik serta-merta.
  
Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, baginda turut bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S 11) yang dikurniakan kepada Hamsan juga ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.
  
"Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak boleh menggunakan gelaran Datuk dalam apa jua urusan," katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
  
Sultan Johor, katanya membuat keputusan itu mengikut kuasa-kuasa di bawah Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.
  
Hamsan dikurnia Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) yang membawa gelaran Datuk pada 2005.

Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2